Tuesday, July 17, 2012

Pertandingan Bercerita Dan Syarahan BM

16hb Julai 2012, sekolah kami telah mengadakan pertandingan bercerita dan syarahan peringkat sekolah. Murid-murid telah bekerjasama menjayakan pertandingan ini. Selain itu, murid-murid telah mencuba sedaya upaya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pertandingan.
Dua orang pengacara majlis sedang mengacara pertandingan.

Panel hakim dan para peserta telah mengambil tempat masing-masing.

Adik Caslee telah mempersembahkan ceritanya dengan menarik.

Walaupun hanya murid Tahun 1, adik Xin Yean telah menunjukkan keyakinan yang mencukupi di atas pentas.

Peserta terakhir Tahun 1 ialah adik Zulhuzailee.

Panel hakim telah memberi perhatian yang sepenuhnya semasa pertandingan dijalankan.

Para pemenang bagi setiap tahun mengambil gambar bersama-sama.
Pertandingan telah dijalankan dengan lancar. Hadiah akan disampaikan semasa majlis penyampaian hadiah tahunan pada akhir tahun.

Tuesday, July 10, 2012

PSUBBM Peringkat Negeri

Peserta SJKC Yuk Chai, Johol telah berjaya mendapat tempat naib johan dan juga kelima dalam Ujian Bertulis Peringkat Daerah Kuala Pilah. Mereka berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat Negeri Sembilan. PSUBBM peringkat negeri telah diadakan di SJKC Sin Min, Gemencheh pada 7hb Julai 2012.

Nombor peserta bagi PSUBBM peringkat negeri ialah F2 & F5.

Taklimat yang diberi oleh ketua teknikal kepada para peserta PSUBBM peringkat negeri.

Persembahan " Yoyo Cina " oleh murid-murid dari SJKC Sin Min, Gemencheh.
Disebabkan oleh persaingan yang hebat, wakil SJKC Yuk Chai, Johol telah dikalahkan. Walaubagaimanapun, mereka telah menunjukkan semangat bersaing yang amat menggalakkan. Semoga keputusan yang lebih cemerlang akan ditunjukkan pada tahun depan.

Thursday, April 19, 2012

Seminar Motivasi Kecemerlangan Skor A+ UPSR

Pada 19hb April 2012, Bahagian Akademik PPD Kuala Pilah telah mengadakan Seminar Motivasi Kecemerlangan Skor A+ UPSR di SK Pelangai. Setiap sekolah dikehendaki menghantar 4 orang murid Tahun 6 untuk mewakili dalam seminar ini. Selain itu, guru pengiring juga dijemput menghadiri sesi profesionalisme di Bilik Gerakan sekolah tersebut. Murid-murid tahun 6 telah didedahkan teknik menjawab bagi 4 mata pelajaran UPSR iaitu BM, BI, Matematik dan Sains.

Bersedia untuk bermulanya Majlis Penutupan.
Majlis Penutupan disempurnakan oleh Adun Juasseh yang berpakaian putih.


En. Kamanizam memberi ucapan beliau sempena majlis penutupan.
Seminar ini ditangguhkan sehingga pukul 2 petang.

Thursday, April 12, 2012

Pidato Piala KPM

Pada 3hb April 2012 yang lalu, SK Senibai telah mengadakan pertandingan Pidato Piala KPM peringkat daerah Kuala Pilah. SJKC Yuk Chai, Johol telah melatih seorang murid mewakili menyertai pertandingan tersebut.
Backdrop bagi pertandingan Pidato Piala KPM di dewan SK Senibai.

Peserta dari SJKC Yuk Chai, Johol, Khatiravan A/L Sargunan.
Penyampaian ucapan daripada GB SK Senibai semasa Majlis Penutupan pertandingan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
 SJKC Yuk Chai, Johol merupakan wakil tunggal daripada SJKC. Saudara Khatiravan telah mencuba sedaya upaya dalam pertandingan ini. Syabas kepada saudara Khatiravan yang dapat menyampaikan syarahannya dengan sempurna.


Monday, April 2, 2012

Syarahan Pidato KPM

Semangat 1 Malaysia Teras Kejayaan



Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, guru-guru dan para hadirin sekalian. Salam satu Malaysia, berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Semangat Satu Malaysia Teras Kejayaan”.

Sidang hadirin yang dimuliakan,
Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6, beliau sentiasa berusaha menyatupadukan warganegara majmuk.

Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu gagasan iaitu Semangat Satu Malaysia. Ungkapan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” adalah ‘tagline’ kepada gagasan tersebut. Natijah pembentukannya bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang demikian, Semangat Satu Malaysia didukungi oleh teras perpaduan manakala teras perpaduan itu pula didukungi oleh nilai-nilai murni.

Para hadirin yang saya hormati,
Seiringan dengan itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik serta agama diseru agar bersatu padu memupuk perpaduan bergerak membentuk satu “unity” yang mengandungi nilai-nilai aspirasi iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, keberanian, meritokrasi, kesetiaan, ketabahan, integriti dan cintakan ilmu.

Namum perpaduan hanya boleh dicapai dengan memastikan seluruh rakyat Malaysia memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, teras aspirasi dan teras perpaduan. Melalui penyatuan rakyat, negara dapat membina satu negara bangsa yang kukuh, progresif, makmur dan muafakat, bak kata bidalan “muafakat membawa berkat”.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,
Pembentukan Semangat Satu Malaysia adalah matlamat supaya kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional dan seterusnya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Justeru itu, bagi mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen, kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga Negara Malaysia. Maka semua rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia. Lantaran itu, sama-samalah kita  bersatu untuk membangunkan negara Malaysia nan satu menuju ke arah matlamat wawasan 2020.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyusun jari memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam penyampaian syarahan saya.

Sekian, terima kasih.